Monday, January 2, 2012

assalamualaikum

dua bulan tanpa post, sebenarnya banyak yang ingin dikongsi.
tapi tersimpan sbgi draft.


alhamdulillah, 2011 telah pergi sebgai satu kenangan yang indah.
apatah lagi pergi pada saat-saat saya di KEM Qiyadah, melihat wajah-wajah junior yang dah pun dewasa.

berborak & berbual dgn mereka2 yang dulu topik perbualan hanyalah benda-benda dan perkara biasa, tapi kali ini topik sudah berbeza. tentang kepimpinan. tentang dakwah. tentang tarbiyyah. saya serius, kagum melihat hala tuju & pemikiran mereka telah pun ke arah itu. minda mereka sudah pun berfikir perkara yang besar & berat. kalau boleh saya perlukan satu hari yang penuh untuk berbual dgn junior, (bilalah pula boleh borak selama itu).

seronok juga jumpa dgn senior2 yg datang sbgi fasi. banyak yg dibualkan. dibincangkan.

2012. banyak bnda menanti. saya masih tertanya-tanya bagaimana kehidupan sebenar di uia. yelah, sebelum ni short sem saja, kelas pun 3 hari seminggu. yang pasti saya akan disibukkan dgn kelas-kelas & program. juga program di al-amin, insyaAllah. cadangannya mahu lebih banyak terlibat tahun ni. daurah oneseven sudah pasti insyaAllah.

doa saya buat peserta kem Qiyadah, moga berjaya.

nahnu du'at qabla kulli shai'

btw, hari ini hari jadi ibu saya. mak, happy birthday :)






0 comments: