Sunday, October 16, 2011

Moga kita turut berjaya


Saya bukanlah jenis yang membalas mesej lelaki tanpa urusan. Bukan juga yang tergedik-gedik nak letak gambar jenis pandang kamera dengan satu mata kenyit takpun buat muka comel semacam. Tak juga jenis yang layan lagu-lagu imported dari Barat, tak juga layan novel cinta picisan yang jenisnya, si A patah cinta dengan si B. Lepas tu jatuh cinta dengan si C. Tiba-tiba si B nak dekat si A balik (aduhh penat dengan cerita-ceria macam ni). Saya juga tak layan korea jepun sangat. Tengok memang tengok. Tapi tak jadi tahap fan sampai nak simpan gambar-gambar lelaki bermuka comel dan berambut lembut ala perempuan.

Kalaulah ada yang bertanya kenapa, satu jawapan yang boleh saya beri : LAGHA

KENAPA DENGAN LAGHA?

Allah tak suka perkara lagha. Ya, kita nampak perkara tu biasa je. Suka-suka biasa saja. Tapi, Allah berfirman dengan firmanNya yang mulia:

1. Berjayalah orang-orang yang beriman
2. Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya
3. Dan orang-orang yang menjauhi diri daripada perkara yang sia-sia (lagha)
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya
6. Kecuali terhadap isteri dan hambanya; maka tiadalah tercela
7. Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas
8. Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya
9. Dan orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka itulah orang yang mewarisi
11. Yang akan mewarisi syurga firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Inilah ayat-ayat dari surah Al-Muknimun. Salah satu favourite-to-read kalau jadi imam. Supaya kita sama-sama merenung "checklist berimankah" kita. Sudah mukminkah kita? Nahh! Inilah ayat-ayat yang Allah turunkan dengan panduan sebijik-sebijik untuk kita. Tak perlu nak cari maksud tersirat & tersurat. Cukup jelas untuk kita fahami.

Apakah ciri-ciri orang mukmin itu? Bacalah sehingga ayat ke-sebelas. Kadang-kadang kita merasa sudah cukup baik, sudah cukup amalan, tapi masih terbawa-bawa hal meeting, pelajaran, hal putus cinta dalam solat. Ciri 1st sudah fail!

Tapi, kenapa ciri kedua itu menjauhi perkara lagha?

Ya, saya jujur musykil. Saya hafal surah Al-Maarij dahulu sebelum Al-Mukminun. Dan Al-maarij ada ayat-ayat sebegini. Yang memberi ciri-ciri manusia yang lepas dari resah & gelisah. Ayat straightforward.

Jadi, perception pertama saya ialah sebegini, ciri-ciri orang yang berjaya:
1. Tentulah solat khusyuk
2. Kedua tunaikan zakat (sebab solat & zakat kan banyak ayat yang me'masang'kan kedua-dua ibadah ini?)

Tapi tidak! Allah menyatakn ciri kedua ialah : menjauhi lagha.

LAGHA?

Lagha itu adalah perkara sia-sia. Yang tidak membawa manfaat. Bahkan melalaikan. Boleh juga membawa kepada maksiat.

Kenapa Allah meletakkan ciri ini sebagai ciri kedua? Kerana ciri ini melengkapkan ciri yang pertama.

Ciri pertama : khusyuk dalam solatnya. Bermakna jika dalam solat kita menjauhi perkara-perkara dunia, termasuklah perkara lagha untuk kita khusyuk dalam solat, mengapa tidak di luar solat kita? Dalam solat kita menumpukan fikiran kita kepada Allah, kenapa di luar solat perlu kita fikirkan perkara selain yang membawa kita kepada Allah?

Kalau kita betul-betul memahami perkara ni, barulah solat kita jadi solat yang berkualit, seperti firman Allah:
"sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."

Sebab itulah ramai yang bersolat, tak mampu lagi mencegah diri dari perkara maksiat. Kerana mereka melayan perkara lagha yang membawa kepada maksiat. Alangkah ruginya!

Lagha juga tak membawa umat Islam kepada kejayaan. Inilah 'ghazwul fikri' - perang pemikiran. Cuba bayangkan kenak-kanak yang dari kecil disuap dengan lagu-lagu cinta, sampai ke besar fikirannya tentang cinta saja. Bila aku nak couple, bila nak kahwin. Yang asyik fikir the happy ending is when I am married to a nice, rich & handsome guy. Owh! plus romantic....

Kalau terus-terusan begini, minda kita tak berkembang. Hanya nampak perkara kecil, tak sedar gajah depan mata. Tak berani untuk berjaya. Tak bersemangat untuk hidup. Sedangkan berjayanya umat Islam dahulu kerana semangat & cita-cita yang tinggi.

We cannot be hypocrite, but we can be BETTER

Jadi, bila lagi mahu jadi orang merjaya?

Moga hidayah & taufiqNya diberikan kepada kita,
DOAKAN SAYA TURUT BERJAYA ;)

0 comments: