Saturday, October 15, 2011

Bumi itu

Angin yang damai, bukit yang cantik-cantik, tasik jernih, makan sedap, duit masuk, bilik luas, senior pun ramai, geng satu kepala pun ramai!

what else do you wish for?

Hmm... angin taklah damai selalu. Kadang-kadang kencang, sampai nak bertiup-tiup tudung. Orang siap promote suruh pakai jaket lagi. Kalau tasik tu, memang cantik lahh kan. Cuma naik kayak pernah sekali je. Tak pernah lah fikir nak memancing ke, mandi ke... makan ye, memang sedap. Empat kali sehari. Sebab tu orang kata, once masuk je, bagaikan dipam-pam! Bertambah berat!

Tapi, ye, setiap tempat pasti ada kelebihan & kekurangannya. Kadang-kadang manusia selalu sangat pandang kekurangan yang sikit saja tu, hingga mengenepikan yang baik-baik. Once ye, saya pernah terjatuh kepada kategori orang sebegitu, tapi,

"Janganlah sebab kekurangan sikit je, kita dah pandang buruk."

Hah! Kena betul! Itulah kata-kata seorang senior yang membuatkan saya kini memandang dari sisi yang baik. Alhamdulillah.

Kawan-kawan semua baik, alhamdulillah. Mula-mula memang duduk sekelompok je kami berempat. Tapi alhamdulillah, mula bercampur dengan orang. Yelah, takkan nak menghadap & mengharap pada muka yang sama saja kan? Mulalah dapat kawan dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, bahkan nun di Sabah negeri bawah bayu.

Selama ni berkawan dengan budak kl, yang makannya mengahadap tutti fruiti, takpun keluar jalannya masing-masing nak bawa kereta sendiri (eh eh jangan terasa pulak, sudah ada rezeki moga-moga manfaatkan di jalan dakwah ye). Sekarang ni, kawan-kawan semua kata budak alamin kaya-siap suruh jadi unit sponsor lagi. Tapi x apa, bukanlah kaya, cuma nikmat yang diberi Allah..

Hmm,,, cepat rupanya masa berlalu. Ingatkan tempoh itu ialah tempoh yang lama, rupa-rupanya sekejap sahaja. Sekejap saja saya sudah meninggalkan bumi itu. Akhir bulan ni pula berpindah di bumi yang baru.

Inilah bumi itu itu. Bumi ini menjadi istimewa kerana di bumi itulah saya mengkhatamkan Al-Quran saya ;)

Sudah lama nak post, tapi gambar masih ada problem utk upload. Jadi, silakan menikmati pemandangan tasik DQ ini sahaja ;)

3 comments:

Asif said...

Memang bumi berkah.. rasa tenang duduk situ. Pagi2 bangun i'adah dekat pondok tepi tasik.. memang tak terkalah perasaan tu.

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

sampai nt habis belajar, ana xberkesempatan ke bumi itu.

ok, baru terasa nak pergi ;[

tahniah syi, lagi ke berapa kali ntah ;D

syifa' kamarudin said...

>asif : betul,, tasik tu memang tempat paling best

>huda : tahniah jugak huda, ur quran is the one yg ana guna utk khatam. byk saham nt! ;)