Thursday, October 27, 2011

akan ke UIA

Kadang-kadang orang tanya saya, "pergi UIA je?"

Saya senyum. Yelah. Saya akan ke UIA. Tak perlu malu.

Orang tanya lagi, "nanti fly kan? maka ayah tak hantar ke?"

Ewah ewah sedap cakap. Tak mungkin mak ayah nak hantar saya ke oversea semata-mata nak belajar di oversea. Banyak lagi benda perlu selesaikan, kakak ada dua orang lagi, adik seorang lagi, dengan yuran al-amin dah tambah, banyak lagi perlu diselesaikan berbanding dengan keinginan saya untuk fly.

Orang pun terus bertanya, "kenapa tak pergi je Jordan?"

Saya senyum buat kali kedua. "Tak nak ambil medic."

"Syifa' tak nak ambil medic? Ok je kan?"

Oh,, tidak. Saya takkan merisikokan hidup saya untuk belajar biology lagi. Dahlah belajarnya lama, housemanship pun lama 2 tahun, on-call lagi, tengok kakak ipar yang balik kerja lewat petang, penat-penat terus masak, layan anak-anak pulak, lepas tu straight usrah. Kalau nak ambil master pun lama, 4 tahun berbandin dgn course lain 2 tahun je. Oh, tidak.. Tak mungkin saya berkorban hidup untuk medic, sedangkan saya tak minat pun.
(Erk, maaf bukan mahu menakutkan pelajar medic ye)

Kakak saya awal-awal kata, "awak jangan pergi sebab semata-mata nak duduk oversea."

Keinginan untuk duduk oversea mestilah ada, kan. Takkanlah. Nak sangat.

Tapi bila orang kata, "Syifa' kan result okay. Takkanlah study UIA je."

Bagi saya, saya nak satu tempat yang saya boleh bagi the best. Kalaulah duduk Jordan, memang best. Pengalaman oversea. Tapi hati saya pasti tak tenteram kerana perlu ambil medic. Sedangkan biologi ialah matapelajaran yang saya paling tension bila nak belajar.

Bukan semua orang yang fly tu hebat. Orang belajar dalam negara hebat juga. Tapi, kalaulah dah minat, why not pergi, kan? Tapi saya tak minat. Itulah masalahnya. Macam tulah juga, jangan ingat orang ambil science courses je hebat. Saya sangat respect orang yang ambil bidang bukan sains, tapi dia boleh sangat-sangat perform. Dulu saya pernah sangat-sangat nak ambil bidang sejarah-boleh belajar tentang world history ke, sejarah Islam zaman dulu, tapi ramai orang recommend saya ambil math.

Tak semestinya semua orang perlu fly.

insyaAllah, saya akan ke UIA isnin depan. Ambil sains fizikal yg memang dah lama target, di peringkat ijazah akan ambil bidang matematik.

Doakan.

8 comments:

KhalilahAlhudaKamilen said...

nt sangat awesome ambil maths!!
InsyaAllah, nt dimana-mana akan jadi terbaik.

post ini sayu bunyinya..
doa sentiasa untuk nt :D
May Allah bless

so, true 'tak semestinya semua orang perlu fly' :)

syifa' kamarudin said...

hudaaa....... doa ye... ana serabut sikit kot sbnr nye masuk uia ni.. mcm byk je bnda kena settle.. tp xde apa punnn ;p

nnt nt fly ye tahun depan, insyaAllah

khairiyah said...

uia is the best for u, insyaAllah.

org pn lame fikir dan carik sebab dan jwpan kenape diri sndiri xdpt fly?

tapi Allah dah tentukan.

mungkin kelebihan dan sebab yg paling utama- dekat dgn mak dan abah, akan senang untuk berbakti pada mak dan abah, pada adik2 :D (btw adik syi sorang je kann)

syifa' kamarudin said...

insyaAllah d best.. blh kya dtg n blanja orang selalu ,, ;p

sometimes org slalu fikir siapa result gempak msti fly,, x smstinya.. rezeki lain2 right?

emm adik ye satu.. awk tu yg adik ramai.. huhu

anaknomborempat said...

malaysia lg best dr jordan.. :)

syifa' kamarudin said...

hehe.. btol2..

hanisah~ said...

Assalamualaikum Syi, lama dah tak dengar cerita :) (ceeh padahal baru je haritu text)

Post ni terAMATAMATAMATlah tepat dengan apa yang ada dalam otak ana bbrp hari ni.

Ana fikir, tak semestinya kalau orang pandai dan resultnya bagus, MESTI ambil Medic. Come on, macam tak ada bidang lain je dalam dunia ni. Kalau mengharapkan orang pandai semua ambil medic, lama2 bidang lain pun diketepikan. Macam mana nak maju kan?

Ana bangga dengan nt sebab nt masih tetap dgn pilihan hati nt w/p dapat tawaran medic pergi oversea. Obersi tu, memang gah bunyinya.

Nt memang terbalik dengan ana. Mt=aths lah subjek paling tension ana nak belajar, while Biologilah subjek antara paling tak tension, HAHA. Lain orang, lain minatnya, kan?

Bittaufiq wannajah di UIA!

syifa' kamarudin said...

Sarah,, sronok baca comment nt yg panjang.. dah lama gak x dgr cite nt.. cehehe..

obersi, gah kan? tp kalau gah je lebih, otak tensen buat ape ye?

btw, nt pon oversea. over the laut china sleatan sea ;)