Friday, July 22, 2011

kenapa takut?


Musim itu adalah musim panas di DQ.

"Nt ada dapat apa-apa tawaran ke?"

"Macam mana temuduga? Dapat?"

Ya. Masa orang sibuk cakap tentang tawaran belajar di tempat lain. Masa yang hangat ini, kami jumpa satu kes yang cukup unik.

"Ana tak pergi temuduga pun, tapi ana dapat medic dalam negara. Taylor."

*****

"Nt pergi tak Taylor?"

"Tak."

"Betul ke ni?"

"Betul."

"Kenapa? Takut?"

Senyap sebentar. "Hmm..."

"Sampai bila nt nak takut. Nt dah duduk dekat persekitaran yang sangat safe. Dulu sekolah agama, sekarang DQ. Bila nt nak pergi dekat dunia luar?"

*****

Ya. Cubalah bayang hidup kita ni. Membesar dalam keluarga yang baik. Alhamdulillah. Tadika pun baik. Alhamdulillah. Sejak dari umur kecil dah dipakaikan tudung. Dah kenal alif ba ta.

Naik sekolah rendah, sekolah agama. Alhamdulillah. Kalau sekolah kebangsaan pun, ada sekolah agama waktu petang. Alhamdulillah. Sekolah menengah. Safe lagi. Suasana yang sangat safe.

Saya pernah terfikir satu masa dulu. Saya kalau boleh nak stay je dekat Al-Amin. Taknak keluar. Senior kata, dunia luar tu sangatlah mencabar.

Tapi saya batalkan niat saya yang cetek tu. Nak tak nak kita kena sedar, kita akan membesar sementara orang-orang yang lebih tua dari kita akan melepaskan tanggungjawab mereka pada kita. Kita bukan selamnya dilindungi.

BELAJAR UNTUK BERDIRI

Kenapa kita tak selamanya kanak-kanak?

Kerana kita akan dewasa. Itu hakikat.


Kenapa semakin kita membesar, mak ayah kita dah mula memberi tanggungjawab pada kita? Kenapa satu hari nanti kita kena bekerja? Tak boleh ke mak ayah tanggung kita hingga besar?

Kerana mak ayah kita takkan mampu jaga kita sampai kita tua. Mereka akan tinggalkan kita. Itu hakikat.

Ya. Begitulah kita. Kita jangan berharap untuk sentiasa disuap. Tapi kena belajar untuk menyuap. Jangan asyik ditunjuk apa perlu buat, tapi belajarlah untuk bergerak untuk buat. Jangan asyik disimpan dalam zon selesa, tapi belajarlah untuk ke dunia realiti .

Saya pernah ditanya seorang akhawat, "Berapa lama dah mengikuti tarbiyah?"

Waktu itu saya rasa bagi ditikam. Nak kata ikut usrah, dari darjah empat! Nak kata sekolah agama, dari darjah satu!

Dia sambung tanya, "Cuba tengok diri kita. Inikah hasil tarbiyah selama berapa tahun ditarbiyah? Dah boleh gerakkan orang?"

Arghh! Ditikam lagi sekali. Baru saya sedar betapa lama saya dijaga, dilindungi, ditempatkan dalam suasana yang cukup selesa. Hingga kadang-kadang saya takut untuk terjun ke dunia realiti.

Ya. Kesilapan kadang-kadang berlaku apabila kita terlalu menjaga mad'u kita tanpa kita dedahkan dunia luar. Tanpa kita siapkan diri mereka untuk menjadi 'kebal' pada jahiliyah. Bukan orang yang dibentuk keadaan, tapi membentuk keadaan.

Orang yang sudah ditarbiyah sepatutnya orang yang berani jika dicampak di mana sahaja. Orang yang ditarbiyah itu umpama benih yang baik, kalau dicampak ke laut menjadi pulau. Orang yang ditarbiyah bukan pengecut. Bukan orang yang perlu dijaga sentiasa. Perlu ditunjuk sentiasa.

Tapi orang yang yakin. Mantap. Bergerak.

Ayuh. Maju ke redhaNya.

3 comments:

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

AYUH!

Auzaie said...

betul,
dunia luar itu sangat asing,
dan kitalah ghurabaa' itu,
beruntung bg ghurabaa'
itulah tujuan tarbiyah,
sumbang kpd msyrkt.medan ujian sebenar dakwah.
jatuh,bangun itu perkara biase,cuma kalau boleh kite mahu ttp istiqomah itu yg ideal,
*allahumma rabbi yassir wala tua'ssir

Ahmad Isyraf Imrani said...

mari menjadi benih yang baik, apabila dicampak ke laut, menjadi sebuah pulau!