"Ana rasa nak pergi dari sini. Jauh dari sini."
"Kenapa macam tu?"
"Hmmm.... Ana rasa, orang kat sini semua hipokrit. Cakap pasal ukhuwah, tapi semua sibuk hal sendiri. Ana rasa lebih seronok kawan dengan orang yang nakal."
Saya senyap. Dengar.
"Kalau kawan dengan diorang, rasa best je. Diorang sporting. Terima kesalahan kita. Terima kelebihan kita. Tapi, kawan dengan orang yang 'baik-baik' ni, rasa macam,,, entahlah."
"Tak rasa ukhuwah?"
"Entah. Ana tak percayakan ukhuwah."
Saya senyap. Ana tak percayakan ukhuwah. ANA TAK PERCAYAKAN UKHUWAH. Statement yang sangat menusuk hati. Apa sebenarnya masalah kita hingga ada orang yang tak percayakan ukhuwah?

Firman Allah:
'Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara'
Allah juga berfirman:
'Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain. kecuali orang-orang yang bertaqwa'
Bertemu orang dan memulakan persahabatan adalah sesuatu yang senang. Tapi tidak dalam berukhwah.
Saya pernah dikecewakan oleh kawan sendiri. Apa yang saya fikir masa tu, 'Aku tak ada kawan langsung dekat dunia ni. Aku tak percaya pada orang lain.'
Ya, masa tu, saya lah orang yang tidak percayakan ukhuwah itu. Saya tak percaya ada orang yang boleh bersahabat kerana Allah. Saya tak percayakan orang lain.
Hinggalah saya faham, apa ukhuwah itu sebenarnya.
Dua orang yang bertemu, yang faham apa itu ukhuwah sahaja yang boleh berukhuwah.
Ukhuwah hanya boleh berlaku antara dua orang yang mukmin.
Ataupun mungkin belum mukmin, tapi kedua-duanya sentiasa menyokong ke arah 'mukmin' itu.
Dari mukmin, hinggalah ke muttaqin.
Secara jujurnya, kalau kita berkawan biasa-biasa saja, tak ada usaha ke arah pembaikan diri, dua-dua buat jahat, saling menyokong ke arah kejahatan, dua-dua 'anti' kepada kebaikan, sah-sah tidak akan rasa apa itu ukhuwah.
Yang seorang tahu kawan dia couple, tapi tak halang.
Seorang lagi tahu kawan dia kuat tengok cerita tah pape, tapi tak pernah nak tegur.
Ataupun seorang tu selalu mengumpat, kawan dia layan je. Kawan dia pun tambah topik untuk buat gosip.
Kalau keadaan kita begini, jangan berharap untuk mencari manisnya ukhuwah. Berukhuwah bermakna membuka peluang untuk memperbaiki diri sendiri dan menyokong kawan kita ke arah kebaikan. Berukhuwah bermakna kita berada di jalan yang sama, saling menyokong & sama-sama berjuang. Berukhuwah bukan menonjolkan diri kita, hanya mahukan yang terbaik untuk diri kita, tapi mahukan terbaik juga untuk ikhwah & akhawat kita.
Jangan jemu menjadi orang yang sentiasa mengejar keimanan.
Jangan jemu menjadi orang yang sentiasa mengejar ukhuwah.
Kedua-duanya saling terikat.
2 comments:
Subhanallah, menusuk.
syi, semoga kita benar-benar merasai nikmatnya ukhuwah tu.
uhibbuki fillah :)
yup. semoga apa yg kita rasa adlh ukhuwah yg sebenar
uhibbuki fillah :)
Post a Comment