"Taklah. Mana ada putus asa."
"Dahtu, hari-hari tengok macam blur. Macam tak kisah. Bila tanya, buat tak tau je."
"Mana ada. Entahlah."
"Apa yang entah."
"Kadang-kadang rasa... Entah. Sebelum ni, apa yang nak, semua dapat. Doa sikit, dapat. Minta sikit, dapat. Tapi bila datang sini, rasa macam, susahnya!! Lain tau,...."
"......."
"Dulu, macam senang sangat hidup."
"Hmm, mungkin itulah yang Allah nak ajar. Tak semua yang kita nak tu kita dapat."
KISAH SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Semua pembesar, pegawai, rakyat memuji Al-Fateh setelah berjaya menawan Konstantinople.
Apabila Al-Fateh masuk berjumpa dengan gurunya, Syeikh Syamsudin Al-Wali, gurunya tetap duduk tanpa memberi pujian sehinggakan sultan berasa marah.
Kemudian Syeikh syamsudin Al-Wali berkata, "Meskipun hari ini semua orang memuji engkau, engkau diangkat atas kejayaanmu, biarlah aku satu-satunya yang mengingatkan bahawa engkau adalah hamba Allah."
JANGANLAH TERLALU GEMBIRA
Ada orang, apa yang dia hajati dia dapat. Dia doa sikit, dia dapat. Apa yang dia nak semua dia dapat. Selama hidup dia, dia dapat jawatan, dia ada pengaruh, dia pandai, dia ada ramai kawan.
Hidup berjalan lancar.
Tapi bila diuji dengan sesuatu, susah sangat nak terima. Ya Allah! Aku tak pernah kena uji macam ni. Kenapa Kau bagi semua benda dekat aku, tapi Kau tak boleh tolong aku dalam hal ni?
Astaghfirullah.
Nikmat Allah melimpah ruah. Manusia bersyukur. Bila Allah tambahkan nikmatNya, masih bersyukur lagi. Bila Allah tambahkan lagi nikmatNya, mula rasa senang. Rasa apa yang dihajati semua dapat. Rasa kitalah yang paling disayangi Allah.
Mula timbul rasa takbur.
Nikmat Allah adalah ujian yang cukup besar. Ujian yang tak dilihat.
Yang penting, kita bersyukur dengannnya. Jangan sampai terlalai dengannya.
"Dan Dia memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"
Ibrahim : 34
Ibrahim : 34
ps: selamat mengambil result spm hari ni. saya habis tulis tepat2 pukul 12. another 12 hours utk ambl result spm di sekolah ;p
tapi entah knp tarikh kat atas tu still 22 march
tapi entah knp tarikh kat atas tu still 22 march
4 comments:
tahniah syi
nice! keep it up :D
terima kasih syi
:)
Post a Comment