Wednesday, March 14, 2012

1 comments
Salam alaik.

Melihat tarikh last update, sudah 2 bulan rupanya. MasyaAllah. DUA bulan? memang tak patut. Padanlah ada seseorang itu bertanya, "syi, kenapa x update blog?"

Maka diri ini pun mampu tersengih dan memberi jawapan yang dirasakan munasabah. Banyak benda mahu ditulis tapi hanya tinggal sebagai 'draft' di kepala.

Alhamdulillah di UIA. Baru rasa cabaran DnT di luar. Tarbiyyah yang berdepan dgn manusia yang tak kita sangkakan. Memang mencabar, tapi seronok pun ada. Kita tak pernah sangka ada juga orang begini yang perlu kita hadapi.

Tadi berbual dengan seseorang ini,
'haih, bila dah masuk universiti ni, baru tahu susahnya nak cari masa usrah.'
'kalau dekat sekolah dulu, hmm... datang je, dah memang ada masa usrah.'

Haih itu memang zaman sekolah lah kan, sekarang tak ada nye -_-

Cabarannya lagi, rumah dekat saja. Setengah jam sampai. Jadi perlu berkira-kira untuk pergi ke program / usrah ataupun tidur di katil tercinta. Alhamdulillah, minggu lepas pergi program Wacana Wanita, bergambar dengan Dr Harlina :)



Just an update, utk memuaskn hati si dia itu,,

Bak kata dia, 'kita syok sendiri je update blog kita nie' :)

Tuesday, January 3, 2012

biasa

2 comments
apabila saya berjumpa dgn guru-guru, senior-senior, akhawat-akhawat yg sudah lama dalam tarbiyyah, saya x boleh elakkan diri saya dari mengatakan, " wow! hebatnya mereka!"

apabila saya bertembung mata dengan naqibah-naqibah saya yang hebat-hebat belaka, saya x boleh elakkan diri saya daripada mengatakan, "inilah mereka dengan iman yang jitu!"

apabila iman saya pada tahap rendah, bawah sebawah-bawahnya, kepada mereka-mereka inilah saya halakan fikiran saya. bagaimana mereka boleh memperkuatkan diri, begitulah juga saya.

apabila saya melihat kekurangan pada diri mereka, saya sentiasa perlu ingatkan diri ini, mereka juga manusia. Disokong oleh manusia. Disempurnakan oleh manusia. Mereka bukanlah malaikat, tetapi hanyalah sekumpulan manusia yang berjihad di jalanNya.

kerana begitulah juga diri saya.

kadang-kala rimas, penat, resah memikirkan, perlukah aku begini? inikah aku yang katanya ingin berjuang di jalanNya yang mulia? seorang pejuangkah aku?

mungkin tiada siapa yang nampak, kerana diri ini amat ego orangnya. susah sekali mengucapkan 'ana sayang nt' pada kawan baik sendiri, apatah lagi menunjukkan kelemahan. sayalah orang yang akan menangis sendirian di tengah malam, tersenyum kala orang lain keresahan.

hingga kadang-kala saya terlelah sendirian. dan berkata pada diri sendiri, aku ini hanyalah seorang manusia. disokong oleh manusia. disempurnakan oleh manusia.

kerna saya tahu, banyak sangat harapan ditanggung oleh bahu ini.

bila berpelukan dengan naqibah atau bekas naqibah, rasa hendak menangis. sebab? dengan rakan-rakan, saya tak mampu untuk meluahkannya. tapi dengan naqibah, mereka lebih tahu apa kelemahan & kekurangan diri ini. seakan-akan saya mahu mengatakan, aku hanayalh manusia biasa!


walaupun saya tetap tahu, mereka tetap berharapn besar dengan diri ini.

aku hanyalah manusia biasa!

yang berjuang di jalanNya.

Monday, January 2, 2012

0 comments
assalamualaikum

dua bulan tanpa post, sebenarnya banyak yang ingin dikongsi.
tapi tersimpan sbgi draft.


alhamdulillah, 2011 telah pergi sebgai satu kenangan yang indah.
apatah lagi pergi pada saat-saat saya di KEM Qiyadah, melihat wajah-wajah junior yang dah pun dewasa.

berborak & berbual dgn mereka2 yang dulu topik perbualan hanyalah benda-benda dan perkara biasa, tapi kali ini topik sudah berbeza. tentang kepimpinan. tentang dakwah. tentang tarbiyyah. saya serius, kagum melihat hala tuju & pemikiran mereka telah pun ke arah itu. minda mereka sudah pun berfikir perkara yang besar & berat. kalau boleh saya perlukan satu hari yang penuh untuk berbual dgn junior, (bilalah pula boleh borak selama itu).

seronok juga jumpa dgn senior2 yg datang sbgi fasi. banyak yg dibualkan. dibincangkan.

2012. banyak bnda menanti. saya masih tertanya-tanya bagaimana kehidupan sebenar di uia. yelah, sebelum ni short sem saja, kelas pun 3 hari seminggu. yang pasti saya akan disibukkan dgn kelas-kelas & program. juga program di al-amin, insyaAllah. cadangannya mahu lebih banyak terlibat tahun ni. daurah oneseven sudah pasti insyaAllah.

doa saya buat peserta kem Qiyadah, moga berjaya.

nahnu du'at qabla kulli shai'

btw, hari ini hari jadi ibu saya. mak, happy birthday :)